Hazwani dan Anak-Anaknya : Foto FB
Kuala Lumpur, 1 September - Balu kepada Kapten Husman Hussin; seorang tentera laut yang meninggal dunia akibat dihanyut banjir dalam kejadian di Missouri, Amerika Syarikat; hari ini meluahkan perasaan terkilannya dengan berkata nasibnya dan dia dan anak-anak tidak terbela selepas pemergian arwah.
Balu arwah, Hazwani Ahmad , meluahkan perasaan terkilannya itu di Facebook dan sejak ia mula dimuat naik, posting itu telah mendapat lebih dari 1,300 perkongsian dalam masa lima jam.
Menurut Hazwani, arwah Kapten Husman pergi ke Missouri ketika dia masih lagi dalam pantang 20 hari selepas bersalin dan dilaporkan hilang pada 26 Disember 2015.
Sejak pemergian arwah, Hazwani mendakwa dia hanya menerima elaun sebanyak RM1,000 sahaja untuk menanggung anak-anak.
Ikuti luahan hati Hazwani :
Aku nak Viralkan sesuatu..
Tak kira ape chanel.. aku redah.. Pro n Con..
"Kalau kena bayar pon kat Storyteller, copywriting.. aku sanggup.. sbb aku TAK SANGGUP dah pikir.. nanti JADI GILA!
Korang, ikut Logiklah kan.. Suami aku pergi Amerika buat apa kat sana?
Bersuka ria? Tinggalkan aku dalam pantang 20 hari lepas bersalin ni.. ?
Baik dia jaga aku baik2..
Okey ..
Skg dah 9 bulan dah kan.. report masih tak setle2 lagi.. Pencen Tanggungan anak2 tak boleh bayar sebb alasan.. Suami aku Meninggal dalam waktu holiday kat sana 26hb 12 2015 dia hilang...
Tapi kalau suami aku tak kesana.. atas tarikh keseluruhan kursus tu.. pasti TAKKAN jadikan.. surat tawaran tu.. penuh tulis tarikh kursus..
Pikir logiclah syg...
Cukup ke.. dengan elaun tak sampai 1k.. kasi kat anak..untuk bela anak2 aku ni..
Susu sikembar?
Belanja mentah?
Utiliti?
Mana janji2 Menteri2 hari tu..
Apa ni apa? Please jgn aniaya anak2 comel arwah
Jenazah Kapten Husman telah dibawa pulang ke Malaysia pada 6 Januari lalu dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Durian Daun, Masjid Tanah.
0 Response to "Suami Aku Bukan Pergi Holiday Suka Ria, Dia Pergi Untuk Mempertahankan Negara. Mana Janji Selama Ini??", Luahan Isteri Kapten Husman Yg Maut Dihanyut Bancir Di Amerika Buat Orang Ramai Menangis.."
Post a Comment