Menerusi perkongsian 'Baby Bump' di laman Instagram Hanis, sudah jelas kelihatan perutnya yang semakin membesar. Jika mengira usia kandungannya sekarang, kira-kira dalam jangkaan enam bulan.
Hairul Azreen Kongsi Berita Hanis Zalikha Sudah Berhijab

Manakala jantina kandungannya masih belum diberitahu. Dalam pada itu, gambar berkenaan turut dibanjiri kata-kata semangat dan doa buat Hanis agar selamat melahirkan anak sulungnya nanti.

Kami di Media Hiburan Online juga turut mendoakan agar Hanis sihat walafiat dan mudah bersalin kelak.