Siti Nordiana Bercinta Dengan Pengurus Sendiri???

Sejak beberapa hari lepas, kecoh dengan gosip dimana Siti Nordiana sedang hangat bercinta dengan pengurusnya sendiri yang dikenali sebagai Anas.

Viral di media sosial, Nana akhirnya menafikan gosip berkenaan dan akui selesa menjalani hidup sebagai seorang ibu tunggal.
Memang tiada sebarang hubungan cinta antara saya dan Anas. Mungkin orang tengok dia selalu ke hulu ke hilir bersama saya atas urusan kerja, jadi mereka pantas menganggap adanya hubungan istimewa antara kami.

Anas sudah lama menjaga kerjaya seni saya, sejak berada di bawah bumbung syarikat FMC lagi. Malah, saya juga mempunyai seorang pembantu peribadi wanita.
Mungkin masih ada yang tidak tahu bahawa Nana pernah berkahwin dengan pelakon Faizal Yusop sekitar tahun 2006 dan berpisah pada tahun 2009, sebelum Faizal meninggal dunia kerana sakit jantung pada tahun 2011.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Mohamad Rayyan Nakhaie.

Sumber Berita : BH ONLINE

0 Response to "Siti Nordiana Bercinta Dengan Pengurus Sendiri???"

Post a Comment