Tanda Cinta Seorang Lelaki Sador Ini Sanggup Gemukkan Diri Demi Seorang Wanita Yang Ingin Kurus.. TERBAIK!!

Screen Shot 2016-03-01 at 3.42.55 PM
Siapa yang tak nak badan slim dan sador kan? Pakai apa pun nampak lawa je sebab badan tak berisi. Kali ni kami nak kongsikan kisah seorang trainer sanggup menggemukkan badannya semata-mata untuk berlatih dan pada yang sama, ingin beri motivasi untuk seorang wanita yang alami obesiti.
Wahh, respect betul la kat mamat ni. Korang sanggup ke nak tambah berat badan kalau badan dan memang sador? Dah la susah nak dapat six pack dan badan yang muscular. Tapi lelaki ni tak kisah, baca kisah lanjut di bawah.. Gila lah

Kita kurus sama-sama!

Screen Shot 2016-03-01 at 3.31.58 PM
Fitness Trainer yang bernama Adonis Hill telah mengambil keputusan untuk menambahkan berat badan beberapa kali ganda dengan sebelum ni. Tujuannya ialah untuk menemani dan berlatih sekali dengan client (Alissa Kane) yang mengalami obesiti sepanjang hidupnya.
Adonis yang sebelum ni mengalami berat badan berlebihan dan kemurungan pada umur 20-an ingin mengambil inisiatif yang berkesan untuk menolong Alissa Kane untuk kurangkan berat badan bersama.

Ambil 8, 000 calories dalam masa 3 bulan

Screen Shot 2016-03-01 at 3.30.58 PM
Dalam masa 3 bulan. Adonis telah mengambil sebanyak 8,000 calories iaitu dengan makan donut (sarapan pagi), sausage atau pizza (makan tengah hari), satu bungkus biskut Oreos, dan McDonald’s (makan malam) dan minuman bergula. Adonis juga tidak exercise pada yang sama.
Selepas berat badan Adonis semakin bertambah, doktor menasihati supaya Adonis berhenti dengan rutin pemakanan yang tidak sihat kerana ia boleh beri kesan negatif seperti masalah jantung.

Client terkejut dengan perubahan jadi pada trainer

Screen Shot 2016-03-01 at 3.31.20 PM
Client kepada Adonis, Alissa Kane pertama kalinya nampak Adonis dengan badan fizikal yang sangat gemuk.
Adonis buang cara pemakanan tidak sihat dengan mengekalkan high-fat, high-protein, carbohydrate rendah untuk membakar lemak yang ada dalam badan. Di samping itu, Alissa membuang tabiat makan makanan yang diproses dan mengambil bubur oat dan yoghurt serta buah beri.

Lihat hasilnya!

Screen Shot 2016-03-01 at 3.40.09 PM
Selepas 4 bulan, Adonis dan Alissa telah capai target untuk mengurangkan berat badan masing-masing. Adonis telah hilang sebanyak 57 pounds manakala Alissa hilang sebanyak 58 pounds.
Di laman Instagram Adonis, dia telah berkongsi bagaimana mereka boleh hilang berat badan yang banyak Bagaimana Alissa boleh hilang hampir 60 pounds dalam masa 4 bulan dan pada masa yang sama enjoy aktiviti kuruskan badan? Mudah sahaja, daripada saya tanya apakah objektif utama Alissa dalam menguruskan badan, saya tanyakan ‘Apakah yang ada dalam minda anda dan apakaj objektif utama dalam hidup anda?’ Saya jadi kawan Alissa dahulu, dan selepas itu baru saya jadi trainer untuk Alissa.
Screen Shot 2016-03-01 at 3.32.23 PM
Nak tahu lebih lanjut mengenai aktiviti sepanjang cabaran mereka untuk menguruskan badan. Anda boleh terus ke instagram Adonis Hill.

0 Response to "Tanda Cinta Seorang Lelaki Sador Ini Sanggup Gemukkan Diri Demi Seorang Wanita Yang Ingin Kurus.. TERBAIK!!"

Post a Comment